;

Monday, 19 April 2010

BERSYUKUR ATS NIKMAT UMUR :Selamat Ulangtahun Bt Teman & Sahabat





بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

Alhamdulillah moga dengan berkat bertambahnya usia teman, akan bertambah juga keimanan, kematangan, kesabaran dan juga sedang berusaha untuk menambah ilmu buat bekalan di sana nanti. Moga di permudahkan Allah setiap urusanmu di dunia dan di akhirat.


Bersyukur di atas nikmat umur kurniaanNya, masih diberi kesempatan bt mu menghirup udara. Untuk sampai bila anugerah nikmat umur ini akan bertahan, 10 tahun, 20 tahun..atau mungkin esok lusa...wallahu a'lam. Hanya DIA yang maha mengetahui. Yang pasti sebagai hambaNya kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapi saat yang PASTI AKAN TIBA itu. Sudah bersediakah kita??? Ohh...(p/s:muhasabah diri sendiri bt temanku)


Berapa ramai di kalangan kita, terutamanya golongan muda remaja, termasuk teman berkenaan (opss bukan remaja lagi, dah melangkah ke alam dewasa moyang kot, yang setiap kali meningkat umur nya mula memikirkan soal MATI? Di awal usia dewasa
(especially yg 21
) rasa-rasanya jarang di antara kita yang memikirkannya. Masih muda belia, darah tengah panas. Apa yang selalu kita risaukan ialah...
kalau perempuan : <"Oh umur aku dah meningkat, tapi tak kahwin-kahwin lagi.Member yang sebaya semua dah kelek anak 2,3 orang"> ,
kalau lelaki : <"habis belajar aku kena kerja bagus, simpan duit, beli rumah kereta, baru boleh pinang anak dara orang, lepas tu kahwin, kerja lagi sampai kaya, bla,bla....">
Itu mungkin antara dialog yang biasa kita dengar, yang lain teman tambah sendiri.


"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari."


Persoalannya adakah hidup ini untuk dunia semata-mata? Tepuk dada, tanya iman. Mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Inilah penyakit umat kita sekarang yang patut kita bimbangkan -> 'penyakit wahan', penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bersabda:

"Akan datang suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kalian bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah karena kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gentar dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)



Usia dunia sudah terlalu tua.Takut sebenarnya memikirkan macam-macam yang dah berlaku sekarang ni(mungkin boleh cerita lain kali bab ni). Tapi sangat sedikit di antara kita yang mengambil pelajaran dari apa yang berlaku itu sebagai peringatan dari Allah s.w.t. Mengingatkan diri sendiri juga. Menjadi tanggungjawab bagi kita yang sedar dan tahu ini untuk membetul, membaik pulih dan menyedarkan kembali insan-insan yang terleka. Dan sesungguhnya apa kita buat itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, "apa yang telah aku buat untuk membantu agama Allah?", dan ketika itu berbahagialah orang-orang yang meletakkan dirinya ,hidupnya dan matinya pada jalan dakwah.


Satu perubahan yang amat ku harap kan bt teman ku. Bersyukur dengan nikmat hidayah dari Allah s.w.t. Moga berazam untuk terus berusaha menambah ilmu dari masa ke semasa dan mempersiapkan diri untuk berjuang di jalan dakwah.Moga Allah memberkati setiap langkahku...Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini...amin.


Maksud hadis : "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam. Sesungguhnya celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam"..


~Bersama muhasabah diri.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, dicampakkan ke dalam hati hamba-hambaNya atas kehendakNya.Jika tiba-tiba terdetik di hati kita untuk melakukan sebarang perubahan atau anjakan paradigma ke arah yang lebih baik, ayuh, lakukannya, jangan berlengah lagi.Kerana kita tidak tahu, bila pula Allah akan memberi anugerah (hidayah) yang serupa itu lagi. Fikir-fikirkanlah ye teman..
selamat ulang tahun bt temanku & sahabat teristimewa yg lahir pd hari ini 20 April 2010.



Wallahualam bis sawab...